assalamualaikum..
"aduh...banyaknya kerja. itulah inilah.. esok nak hantar assignment. Satu pun tak buat lagi. Malam ni ada usrah plak.. Ya Allah.. macam mana ni.??"
Sahabat..
Mungkin monolog ini sering kali menjamah minda kita tatkala kita bungkam dengan urusan dunia. Penat lelah mengejar habuan dunia.. namun betapa ruginya kita tatkala kita melepaskan keluhan gara - gara tugas sebagai khalifah berada di pundak bahu kita..pahala kita berterbangan bagai debu hanya kerana kita tidak redha memikul amanah menjadi daie.. apatah lagi menjadi mahasiswa. hidupnya sentiasa bergelumang dengan assignment, report, aktiviti kemasyaratan dan sebagainya..mengapa peluang seperti ini kita tidak kutip sebagai mahar kita menuju firdausi..Jalannya memang berduri, kerana destinasinya indah memukau hati..
Sahabat..
Memikul tugas daie adalah satu anugerah Illahi..
ingatkah kita titipan Rabb kita dalam surah al - Baqarah ayat 30?
meminta kita sentiasa istiqamah dalam amal,
ikhlas dalam perjuangan,
berani memartabatkan yang haq,
tegar menjatuhkan yang batil,
semua ini adalah amanah ALLAH S.W.T,
tanda kita adalah hamba - Nya..
Sahabat..
Sirah Nabi menjadi panduan kita dalam perjuangan,
Jihad kita sebagai wanita pernah dilukis dalam kanvas hidup para isteri Rasulullah s.a.w..
semoga roh intifada sentiasa menerkam sanubari kita,
yang sering kali alpa dengan pujukan dunia..
Sahabat..
berjanjilah padaku..
untuk membantu aku mencari Redha Tuhanku dalam perjuangan,
aku tidak mampu memikul amanah ini bersendirian,
kerana aku tahu..
aku hanyalah insan biasa..
yang mendamba cinta Illahi yang luar biasa..
..Kembara Insan Mencari Redha Tuhan..
No comments:
Post a Comment