Thursday, 6 August 2009

Balada Hawa


Ya Allah…
Aku pasrahkan segala apa yang berlaku..

Ya Allah..aku sedar, diriku tidak sesempurna mana
Walau kadang kala aku sudah cuba lakukan yang terbaik
Namun…. Nafsu mendahulu iman dan akal..
Aku cuba memandu diri utk bersabar
Aku cuba menepis bara godaan
Alhamdulillah.. ada yang berjaya ku tawan..
Namun.. kadang kala aku yang ditawan..


Benar….semua perasaan yang aku lalui adalah fitrah
Semua itu hadiah dari Allah buat hamba – Nya
Sayang..rindu..benci..marah..
Semua itu dari Allah..
Bukti kekuasaanya mencipta manusia..
Agar punya perasaan untuk menikmati hidup insan

Ya Allah..aku lemah ya Allah..
Tangisku jarang sekali buatmu..
Rinduku pada – Mu jarang ku temui dalam zikirku..
Cintaku pada – Mu, meminta aku untuk istiqamah dalam amal..
Ya Rabb.. betapa diri ini masih dhaif dengan kalimah syukur..
Ampunkan aku Tuhan..

Ya Allah...aku tidak mengharapkan kehadiran insan kamil
Yang menjadi idaman para gadis
Aku tidak mengharapkan kehadiran seorang insan sempurna
Kerana ku tahu.. aku tidak mampu memberikan segala kesempurnaan..

Ya Allah.. aku mohon ya Allah..
Hadirkanlah kepada aku seorang pencinta..
Yang jiwanya luhur dengan kasih sayang
Wajahnya terbias pancar keimanan

Ya Allah..
Hadirkanlah kepada ku seorang perindu..
Yang atmanya membungkam seribu zikir pada – Mu..

Ya Allah..
Hadirkan kepadaku seorang insan yang bersyukur..
Sedia menerima kekurangan diri ini
menegur bila khilaf, menghukum bila perlu..
semuanya kerana demi mencipta usrah mawaddah, sakinah wa rahmah.

Ya Allah.. andai dia lah yang terbaik buatku..
Hadirkanlah dia sebagai insan yang aku harapkan..

Ya Allah
Bilakah masanya akan tiba..??
Semoga segala jawapan adalah hasil penyerahan ku kepada – MU..




11 JULAI 2009
01:03 A.M
C204


No comments:

Post a Comment